TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Wednesday 21 September 2011

Apa Kata Ustaz Azhar Idrus Pasal Isu Hantu Bonceng


Aku setuju dengan pandangan Ustaz Azhar Idrus pasal isu Hantu Bonceng nie. Boleh jatuh HARAM apabila berlaku FITNAH AGAMA walaupun kita takder niat nak mempersendakan agama. 

Seharusnya penulis skrip, pengarah, penerbit dan pegawai yang dipertanggungjawab untuk meluluskan filem nie perlu rujuk dengan pihak Pejabat Agama atau  Jabatan Kuasa Fatwa sekiranya ada kemusykilan.

Sekarang nie nasi dah jadi bubur lambuk. Harap lepas nie jangan ada lagi nasi yang jadi bubur lambuk pada masa akan datang.


Menurut Ust Azhar Idrus, sebaik saja isu Zizan Raja Lawak mengucapkan 'Asyhaduanna Muhamadarr..Syaitan' di dalam satu babak filem Hantu Bonceng menjadi kecoh. Beliau menerima panggilan daripada Zizan yang menggunakan 'private number' untuk merujuk permasalahan ini. 
"Saya ni baru kena marah dengan orang kerana filem Hantu Bonceng. Saya kata 'Asyhaduanna Muhammadarr' lepas tu nampak syaitan datang..saya kata SYAITAN" kata Zizan. 
Jawab Ust Azhar Idrus. Dia boleh jadi dua hujah. Boleh jadi ada niat untuk mempersendakan Islam dan boleh jadi tidakberniat untuk mempersendakan Islam. Dalam kes ini dia mengucap ketika di dalam ketakutan, dalam cerita kelakar maka dia buat dialog mengucap "Asyhadu an la ilaha ill-Allah, wa asyhadu ana Muhammadarr.....Syaitan! Syaitan!." 
Jadi boleh dikatakan bahawa penulis skrip ini untuk menghina nabi, dan boleh juga dikatakan penulis skrip berniat untuk menggambarkan seseorang yang di dalam ketakutan tidak sempat menghabiskan lafaz syahadahnya kerana ternampak syaitan. Ia boleh jadi niat untuk mempersenda. 
Tetapi kesilapan ini tidak terletak kepada pelakon. Pelakon jahil dan tidak tahu apa-apa. Pelakon bukannya (perlu) belajar pondok untuk berlakon filem. Tetapi Penerbit, Penulis skrip dan Pengarah sepatutnya kena rujuk dahulu perkara ini kepada Pejabat Agama atau Jabatan Kuasa Fatwa. Skrip ini boleh jadi untuk mempersendakan Islam dan boleh juga bukan berniat untuk mempersendakan Islam. 
"Walaupun ia bukan untuk mempersendakan Islam, ia tetap juga HARAM sebab mendatangkan FITNAH" tambah Ustaz Azhar Idrus lagi. Fitnah ini yang perlu di jaga dan kita perlu berhati-hati. Zizan sendiri telah mengakui bahawa beliau tidak pernah terniat untuk mempersendakan Islam. 
"Jadi kita ambil secara baik, dia (Zizan) tidak berniat mempersenda Islam, tetapi kerana kejahilan punya fasal ia memberi fitnah." rumus Ust Azhar Idrus. 

2 Comments
Comments

2 comments:

nice info....btw saya pon ada tulis entry pasai movie ni...
http://duniasaya2001.blogspot.com/2011/09/hantu-bonceng.html

Aslkm...bahana buat filem/drama tak rujuk ulama/majlis fatwa....kini pembikin filem tak sensetif lagi tentang isu akidah ini dengan pelbagai sebab....sampai ada pelakon muslim sanggup berlakon sebagai Tok Cha ( Sami Budha )....ternyata boleh menyesatkan akidah walaupun sekadar berlakon...Wallahua'lam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More