TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Tuesday, 6 January 2015

Lagi Pesawat Air Asia Indonesia Bermasalah



Mengikut berita dari Astro Awani berlaku sekali lagi masalah teknikal pada salah sebuah pesawat Air Asia Indonesia untuk penerbangan dari Surabaya ke Bandung Indonesia.

Dikhabarkan pesawat ini menghadapi masalah teknikal ketika hendak berlepas dan juruterbang terpaksa membatalkan penerbangan yang akan berlepas dari Lapangan Terbang Bandara Juanda.

Walaupun masalah teknikal berjaya dibaiki namun majoriti penumpang terpaksa membatalkan penerbangan mereka disebabkan khuatir dengan keselamatan ketika penerbangan ke Bandung.

Nampaknya lepas nie orang Indonesia dah tak berani nak menggunakan perkhidmatan penerbangan dengan Air Asia. Makin menjadi-jadi masalah sekarang nie melibatkan syarikat Air Asia Indonesia.

Perkara nie juga akan pasti menyebabkan jumlah penumpang Air Asia akan berkurangan disebabkan masalah seperti nie. Tambahan pulak QZ8501 telah disahkan terhempas di perairan Indonesia dan masih belum dijumpai pesawat malang tersebut.

Wednesday, 31 December 2014

Helikopter Milik PDRM Terhempas Di Tanah Merah Kelantan







Petang tadi sebuah helikopter PDRM dari jenis AS355 Ecureuil buatan Perancis terhempas selepas selesai misi bantuan mangsa banjir di pantai timur.

4 anggota Polis Diraja Malaysia dilaporkan cedera dalam nahas petang tadi. Insiden ini berlaku pada pukul 6.30 petang ketika dalam perjalanan ke Kg Rambai. Keempat-empat anggota PDRM ini telah dirawat di Hospital Tanah Merah.

Berikut adalah senarai anggota yang cedera. ASP Amirul pilot cedera parah. ASP Hasli cedera, SM Udara cedera dan WPC Afidah cedera ringan.

Semoga semua anggota PDRM ini cepat sembuh. Amin

RON95, RON97 dan Diesel Turun Esok



Berkuatkuasa tengah malam ini 1 Januari 2015 harga baru runcit bagi petrol RON95 adalah RM1.91 seliter, RON97 adalah RM2.11 seliter Diesel RM1.93 

RON95 & RON97 turun sebanyak 35 sen sementara itu diesel turut turun sebanyak 30 sen.

Agak-agaknya harga barang turun tak??????


Esok leh isi minyak lebih sikit hohohoho....

Ribut Jangmi Dijangka Menghampiri Pantai Timur Semenanjung


Ibarat 'Sudah jatuh ditimpa tangga' istilah nie mungkin bersesuaian dengan situasi negara kita sekarang nie. Selepas bencana banjir besar menimpa bumi Pantai Timur dan kehilangan pesawat Air Asia #QZ8501 sekali lagi kita akan berhadapan dengan ujian terbaru.
RIBUT JANGMI....

Inilah satu lagi ujian yang akan menimpa bumi Malaysia tak lama lagi terutamanya penduduk di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Pada semua penduduk di kawasan yang terbabit terutamanya penduduk di Pantai Timur, Sabah dan Sarawak diminta agar menjauhi kawasan pantai.

Dijangkakan Ribu Jangmi akan menghampiri Malaysia terutamanya Pantai Timur Semenanjung pada 3 Jan 2015 pada jam 9 malam - 11 malam.

Sama-samalah kita berdoa agar Ribut Jangmi mengubah haluan ke tempat lain dan tidak aktif. Semoga Allah SWT akan merahmati dan melindungi seluruh rakyat Malaysia.

Tuesday, 30 December 2014

Lagi Tragedi Melibatkan Pesawat Air Asia Zest Z2272 Di Kalibo Airport Filipina



Gambar Ihsan MyMetro

Belum reda dengan #QZ8501 tambah satu lagi kes pesawat Air Asia tergelincir dari landasan. Kali nie skid terbabas dari landasan kat Filipina.

Pesawat AirAsia Zest #Z2272 Airbus A320 terbabas di Kalibo Airport, Filipina tadi. Semua penumpang dan anak kapal dilaporkan selamat.

Pesawat Air Asia QZ8501 Telah Ditemui



Alhamdullilah dan syukur pada Allah SWT setelah penantian hampir 3 hari pesawat Air Asia QZ8501 telah pun ditemui sekitar 10km dari lokasi last contact dengan menara kawalan Indonesia.

Dikhabarkan lebih 40 mangsa QZ8501 telah berjaya dikeluarkan dari lokasi nahas.

Semoga ada keajaiban dalam misi menyelamat menjumpai penumpang atau krew QZ8501 yang masih hidup.

Teka teki nasib pesawat dan penumpang akhirnya terjawab dengan ini segala spekulasi dan teori-teori konspirasi terpadam dengan sendirinya. Ada baiknya dijumpai dari terus hilang seperti mana yang berlaku pada pesawat MAS MH370 entah ke mana pun tak diketahui nasib krew dan penumpang.

Semoga seluruh ahli keluarga mangsa QZ8501 tabah menghadapi dugaan dari Allah SWT. Salam takziah dan Al-Fatihah buat seluruh penumpang dan krew yang beragama Islam.

Monday, 29 December 2014

Keadaan Situasi Banjir Di Jerantut


Inilah realiti air banjir yang sedang naik di area Jerantut Pahang. Cuba bayangkan keadaan asal jambatan gantung di Jerantut bukan main tinggi lagi. Tengok keadaan air sekarang nie dah lepas paras jambatan gantung tu.

Memang tinggi sungguh air banjir kali nie. Memang diluar jangkaan. Semoga semua mangsa tabah menghadapai dugaan ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More