TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Tuesday, 9 August 2011

Durian Runtuh Untuk Semua Kakitangan Kerajaan Bonus Setengah Bulan Gaji

Suka ler wife aku sebab dapat bonus setengah bulan gaji hehehehe leh ler aku paw sikit hahahaha. Berbahagialah mereka yang bekerja sebagai kakitangan tetap kerajaan. Syok kan dapat durian runtuh. Terima kasih kepada Kerajaan Malaysia sebab sudi beri imbuhan bonus sempena nak raya nanti. Jasa baik Kerajaan Malaysia amat dihargai.

Tahniah gak pada CUEPACS sebab berjaya memujuk Kerajaan Malaysia untuk berikan bonus walaupun usaha diaorang minta 2 bulan dikira gagal. Kiranya dapat setengah bulan nie masih berbaloi ler tu. Bersyukurlah pada Yang Maha Esa yang memberikan rezeki pada kalian semua. Jangan lupa sujud syukur yer atas kurniaan rezeki dari Allah SWT.

Sepanjang aku bekerja seingat aku sekali jer aku penah merasa duit bonus. Maklumlah aku bukan kakitangan kerajaan. Aku penah keje ngan GLC jer dulu tu pun kejap jer. Lepas tu aku beralih ke dunia perniagaan secara serius. So penah ler rasa gak duit bonus sebulan gaji tu pun sekali jer setakat nie hehehehe. Alhamdullilah dapat gak merasa.

Seronokkan tengok kawan-kawan yang bercerita pasal bonus nie. Aku nak bercerita tak leh ler sebab aku yang kena bagi bonus ada ler hahahaha. Tu rezeki untuk kakitangan kita yang menguruskan bisnes nie tak perlu ler nak pikir perut kita jer kena pikir yang kat bawah tu makan ke idak. Diaorang ler yang menaikkan bisnes kita so kena ler beringat pada diaorang.

Hanya satu jer aku ada rasa terkilan pada CUEPACS nie. Aku tak salahkan CUEPACS nie nak minta bonus tiap-tiap tahun pada kakitangan tetap kerajaan. Aku setuju sangat CUEPACS bela nasib kakitangan tetap kerajaan. Tapi bagaimana pulak ngan kakitangan kontrak yer???? Tak kesian ke ngan diaorang. Bayangkan dalam orang lain berseronok dapat bonus aku pasti ada yang akan berduka kena usaha cari kerja lain sebab kontrak dah nak tamat. Raya pun dah nak dekat lak tu. Tak kesian ker wahai encik-encik CUEPACS.

Usaha tuan-tuan memang amat dihargai sebab membela nasib kakitangan tetap kerajaan. Bantulah juga kakitangan kontrak. Bantulah mereka. Mereka pun ada kehidupan, ada anak isteri yang perlu disara. Nasib diaorang juga patut CUEPACS bela kerana mereka juga menerima beban kerja yang sama dengan kakitangan tetap. Dengan pengalaman dan kemahiran yang diaorang ada tu tak ke sia-sia jer kalau ditamatkan kontrak macam tu jer?????

Kasihanilah mereka seperti mana Allah SWT mengasihani kita semua. Ingatlah setiap rezeki yang datang tu adalah milik Allah SWT dan jangan ler pula kita nak ganti tugas Tuhan untuk menyekat rezeki orang lain. Selamat bergumbira semua.

1 Comments
Comments

1 comments:

Untungla..
Naik barang sana sini, keje gomen leh dapat bonus sana sini, keje swasta jangan harap T___T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More