TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Tuesday, 9 August 2011

Kakitangan Pos Malaysia Tak Mesra Alam????

Semalam dalam pukul 3.30 petang aku gie ke Pejabat Pos UPM seperti biasa ada dokumen yang perlu aku poslajukan. Sampai ke pejabat pos erkkkk ramainyer orang. Takperlah aku amik jer nombor. Dalam hati aku dah berkata-kata nie cewahhhh hehehehe "Sempat ke nak poslaju nie". Kat UPM last collect parcel poslaju kul 4.00 petang.

So aku tekad tunggu ler gak walaupun tak sedap hati nie. Nak "Q" ikut nombor tu agak banyak gak ler. Tup tup sampai ler turn aku. Aku tanya ler "sempat lagi ke kalau nak poslaju nie atau kira esok". Awek kat kaunter cakap "Jap yer encik saya cuba dulu tengok macam mana".

Dalam hati aku cakap fuhhhh lega sempat gak. Tup tup dia cakap "Encik maaf yer saya leh punch 1 jer barang nie". Adoiiiii!!!! masa tu mula ler menyirap siram limau ler muka aku. Mau tak hangin dah menunggu dekat 30 minit sampai depan kaunter dia punch 1 dokumen jer. Aku ada 5 lagi dokumen yang perlu sampai esok. Adoiiiii hangin jap aku ngan awek tu.

Mula ler aku nak minta semua dokumen balik sebab tak leh tunggu dah sebab aku kena pos gak hari nie. Kalau ikutkan hari aku tu nak jer aku amik semua dokumen termasuk yang dah dipunch tu. Pandai-pandai ler ko settlekan parcel yang ko dah key in dalam sistem. Memandangkan aku tengah berpuasa aku sabarkan jer pasti ada hikmah cewahhhhh pada hal hati berbulu bagai nak giler nie. Ikut hangin aku mau aku mengamuk jer masa kat situ hahaha. Takpe takpe cool hari nie hari dia esok-esok lak hari aku kan. Tuhan tu Maha Adil.

Sebenarnya aku memang tak puas hati. Bukan apa??? Bayangkan kalau korang sampai kul 3.00 petang so ada ler masa dalam sejam kan. Sekali korang tengok ramai orang kat situ. Lepas tu awek kat kaunter tu terhegeh-hegeh buat keje. Then sampai turn korang "MAAF YER ENCIK SAYA DAH CLOSE SYSTEM PARCEL ENCIK AKAN DIHANTAR ESOK"

Erkkkkk????? Apa perasaan korang masa tu.

Kesudahan citer aku bayar gak 1 parcel yang dah dipunch dalam system sebab taknak gaduh-gaduh sebab aku tahu memang salah aku gak sebab hati dah terdetik suruh gie ke Poslaju Bangi jer. Tapi biasa le tak nak ikut suara hati cewahhhhh. Kan dah kena uji dalam bulan puasa nie heheheh.

So aku pegi ler beratur sekali lagi kat kaunter Poslaju Bangi hantar semua parcel. Perghhhhh memang tension sebenarnya. Bagi aku dalam kes nie kakitangan pos tu boleh sebenarnya nak lepaskan semua dokumen aku tu sebab aku dah ada depan dia. Gunakanlah sifat tolenrasi dan tolak ansur sikit. Tak kesian ke kita nie sebagai pelanggan rasa macam teraniaya lak dah ler kena tunggu "Q" panjang dekat 30 minit sampai dekat kaunter jadi macam tu lak. Kena reject bodo-bodo jer. Adoiiiii!!!! Hati mana yang tak hangin kan.

Rasanya Pos Malaysia perlu bagi peluang pada para pelanggan yang dah amik nombor giliran sebelum masa proses pengumpulan ditutup. Lain ler kalau nombor giliran dah lepas waktu yang ditetapkan. Then nak cakap macam tu sila ler sapa pun tak marah. Keadilan dan sikap tolak ansur perlu ada dalam setiap pegawai meja depan kaunter pos nie. Cuba ler belajar macam sistem bank. Kalau ada dalam bank waktu sebelum tutup diaorang tetap dilayan selepas waktu penutupan bank. Yang mana datang selepas tutup tu tak leh ler. Yang mana sempat ada dalam premise bank waktu yang tetapkan pasti dilayan.

Elok ler Pos Malaysia ubah prosedur untuk beri peluang pada para pelanggan mengikut masa pada nombor giliran baru ler nampak keadilan pada pihak pelanggan yer tak. Kepada awek kaunter yang dimaksudkan tu aku nasihatkan satu jer. Cuba ler jadi manusia yang mesra alam???? Tak rugi pun tolak ansur pada orang lain.

0 Comments
Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More