TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Tuesday 16 August 2011

Jakim Sahkan Mentega 'Pure Creamery Butter-Golden Churn' Tak Halal

Sebelum nie isu Butter Golden Churn Tak Halal Ada DNA Babi aku penah highlightkan dulu. Sebenarnya aku pun pelik gak naper JAKIM boleh cakap Butter nie halal takder masalah. Sedangkan Jabatan Agama Islam Sarawak & Johor pulak cakap tak halal memandangkan sumber yang diperolehi adalah sama. Confirm supplier dan agen akan amik dari kilang yang sama yer tak???

Akhirnya JAKIM dah buat keputusan. Alhamdulillah semuanya dah selesai bila JAKIM pun buat ketetapan yang sama dengan Jabatan Agama Islan Negeri-negeri lain.

Akhirnya dah terungkai masalah nie. Semoga umat Islam tak gunakan Butter nie yer. Kepada semua pengusaha Kek Lapis Sarawak kena amik perhatian. JAKIM dah keluarkan statement so harap korang semua tak gunakan butter nie yer.



Gambar Ehsan Azlan Zamhari

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengesahkan mentega jenama 'Pure Creamery Butter-Golden Churn' yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.

Ketua Pengarahnya Othman Mustapha berkata keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berbeza.

"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu. Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini.


Sehubungan itu juga, Othman meminta pemegang dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru.

Beliau berkata mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.


Othman berkata perkara itu juga dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.


Pada 19 Julai lalu Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi DNA (asid deoksiribonukleik) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas. - Bernama

SUMBER: MYMETRO

0 Comments
Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More