TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Tuesday 16 August 2011

Nabil Raja Lawak Dan Nazirah Ayub Bakal Bernikah September Ini - Tahniah

Tadi aku baca kat blog BeautifulNara pasal Nabil Raja Lawak nak tamatkan zaman bujang September nie. Alhamdullilah. Elok ler kawin cepat-cepat. Bakal wife dia pun cun maklumlah bekas pramugari Air Asia

6 tahun rupernye dia dah kenal ngan bakal isteri dia nie. Erk!!!! 6 tahun. Biar betik. Sebelum nie ngan Irma????? Erk!!! Ada question mark kat situ. Takperlah itu hal peribadi dia. Dia pun dah nak kawin memang elok sangat dah tu Nabil!!!.

Semoga menjadi seorang suami yang beriman dan beramal soleh pada Allah. Tahniah Nabil dan Nazirah Ayub.

Petikan dari blog Abg Nara:-

Kata orang kalau dah sampai serunya, pasti akan berkahwin jugak. Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Nabil Raja Lawak (28 tahun) yang akan melangsungkan perkahwinannya dengan Nazirah Ayub (23 tahun). Bakal isteri Nabil adalah seorang bekas pramugari Air Asia. Kedua-duanya memang sama cantik dan sama padan.
nabil raja lawak nazirah ayub
Nabil dan Nazirah sudah berkenalan selama 6 tahun. Dan Nabil mahu segera bergelar suami kerana takut pisang berbuah dua kali:-
"Saya tidak mahu menunggu lama lagi. Bukan terburu-buru, tetapi saya tidak mahu pisang berbuah dua kali selepas percintaan dengan Irma Hasmie selama dua tahun dulu kecundang di tengah jalan. Saya mengenai Zira sudah enam tahun, dia rapat dengan adik ipar saya. Tapi kami hanya kenal saja, tak rapat dan bercakap jauh sekali. Bagaimanapun, hubungan kami menjadi semakin akrab sejak awal tahun ini. Saya melihat kelebihan pada Zira yang tidak ditemui pada gadis lain. Saya suka sikapnya yang tidak suka menunjuk-nunjuk dan ikhlas. Keistimewaan Zira itulah membuatkan hati saya terbuka untuk melamarnya sebagai isteri."
Tahniah kepada Nabil atas berita gembira ini. Semoga dengan pernikahan ini, rezeki Nabil akan bertambah-tambah. Jangan lupa jemput Abang Nara ye.

2 Comments
Comments

2 comments:

nk kawin dh org kampung den..
moga bahagio la yo..

wah, nabil nak kawin dah y0..tahniah nabil..semoga berkekalan hingga akhir hayat :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More