TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Friday, 12 August 2011

Usaha Murtad Di Kalangan Umat Islam Dunia????

Tadi aku ada dapat info dari sepupu aku melalui Muka Buku a.k.a Facebook. Dia cakap cuba ler buat gitu gini sambil ikut arahan pada petikan yang dia message kan pada aku tu. Aku pun follow ler arahan tu tanpa banyak soal. So terjadi ler satu perkara yang agak mengejutkan sebenarnya tapi pada aku perkara nie tak pelik kalau nak ia terjadi samada perkara nie dah dirancang secara sengaja atau pun tidak.

Benda nie ada kaitan dengan blog yang digenerate melalui blogspot.com sahaja. Sebenarnya agak lecek sungguh permainan mereka yang cuba nak menyesatkan umat Islam sampai ke tahap macam nie. Aku ada gak terpikir adakah perkara nie saja dibuat dengan sengaja seperti tu supaya umat Islam berlumba-luma untuk sebarkan info nie pada umat Islam yang lain?????


So secara tak langsung bagi aku berlaku hebahan secara berantai kepada umat Islam yang lain. Tak pasal-pasal dapat hebah FREE jer. Kalau kena yang tak kuat Iman apa akan jadi??? Naya jer kan. So kat sini aku tak akan kongsi dengan korang semua arahan seperti mana yang sepupu aku bagi tadi. Aku hanya nak kongsikan screen shot dari apa yang aku buat. So itu jer yang mampu aku berikan. Segala teks dalam web tu akan aku delete supaya takder tangan-tangan yang gatal-gatal nak search lak.


Ini adalah hanya untuk tatapkan korang. Kalau korang tahu pun aku tak syorkan korang share arahan tu pada blog atau dimana-mana media yang boleh menghebahkan perkara nie. Kita kena juga lihat dari perspektif yang lain dari hebahan tu seperti yang aku cakap kat atas tu yer. Pada aku usaha pihak lain untuk larikan akidah umat Islam memang wujud walaupun di mana-mana kita berada.

So kat bawah nie aku tunjukkan pada korang yer. Harap berhati-hati semua. Take care.

URL blog asal tunjukkan web blog yang sebenarnya seperti kat atas nie.

Apabila diubah 1 huruf pada blog berkenaan maka korang akan dibawa terus ke web kat bawah nie. Jadi berhati-hati lah yer. Tak mustahil dengan hanya 1 huruf dapat menyesatkan beribu-ribu umat Islam yang goncang Iman.


1 Comments
Comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More